Wednesday, 11 January 2012

melepas rindu

hari nie sy masih berada di bumi ampang..
x tau lah pagi tdi ade kelas ke x..lupe nak tnye membe lain..heee
tpi sy ade reason tersendiri npe sy x pi kelas eaa...
di sebabkan sy terlalu rindu dgn anak2 buah sy,ptg tdi si pi rumah dorang...
dah 2 minggu x jumpe kot...dorang plak slalu dtg weekend je..weekend nie pn sy x dpt blik,
mmg x dpt jmpe lah kan...
so tdi pi rumah abg sy kt putrajaya then bwk dorang pi mandi-manda dkt..ok serius terlupa presint bpe.hehe

danny&erin...


seronok lettew dpt berendam..

si kecik shasha nie pun sibuk jgk nak mandi...

best je tgk dorang mandi..ikutkan hati tdi nak jew terjun...waaaa
serius lega je rase bila dpt jumpe dorang...hilang semua masalah..time tu jelah hilang,balik umah timbul blik masalah tuh..ngeeeee
esok sy dah blik shah alam...dh mcm2 bnde menanti..nk kene siapkn assgmnt sir,prepare utk gi bagan lalang,belatih lakonan,menari lgi...adoiiii,mcm2 hal lah!!!!


1 comment:

  1. Bagi gadis suci yang belum berpunya, singkirkanlah resah di hatimu. Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah. Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda sedikit masa lagi. Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia nun di syurga.
    Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah dan teruskan berusaha. Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha! Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.
    Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah,kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.(HR Thobrani).
    Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu. Dengarlah pesanku, cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26). Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'.
    Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.
    Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi. Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. Lupakan segala kegundahan. Ubatilah resah di hati. Dekatkan diri pada cinta Ilahi , nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan..
    Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz utk kita. Ianya urusan yg pasti. Apa yg tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..

    ReplyDelete